Monday 28 April 2014

Jambatan Air

Salam sejahtera untuk semua, moga kita di jauhi dari fitnah dajjal....

Sambil dok relax petang petang ni, jom kita tengok teknologi orang putih di negera Jerman. Sebelum tu kalau sapa sapa yang pernah pusing pusing satu Malaysia, mungkin berpengalaman melihat pelbagai jambatan yang ada di negara kita. Paling tak pun jambatan yang merentangi sungai seperti yang selalu kita dok lalu. Selain dari tu ada juga jambatan untuk keretapi kat di Perak. Terletak antara Kuala Kangsar  ke Taiping melalui jalan lama. Kat sini kereta lalu kat bawah, keretapi kat atas.Dan kat Perak juga jambatan dimana kereta kat atas , keretapi kat bawah. Yang ni terletak selepas Taiping arah ke Selama.
     Hari ni nak cerita pasal jambatan untuk kapal, bermakna kapal lalu kat atas. Bunyi macam pelik tapi memang wujud kat Jerman.
Jom tengok jambatan air ni...





Saturday 26 April 2014

Babun dan Sang Singa

Salam semua,

Kali ni nak cerita pasal binatang pulak, kisah ni berlaku di tempat lahirnya Babun dan Singa. (kat Afrika laa). Kejadian pelik ini sempat di rakamkan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di sana.

Pada suatu hari......seekor singa betina telah membaham seekor ibu babun yang masih membawa anak kecilnya.. Si singa ini hanya membunuh ibu babun itu saja sebagai makan tengahari tetapi anak babun di biarkan hidup, bah kan singa ini pula cuba menjadi "ibu angkat" kepada anak babun yang kematian ibu itu.
Si singa ini juga menyerang singa jantan yang cuba mengganggu anak angkatnya.

Tetapi di pengakhiran cerita cerita, si hero (bapak babun tadi) secara senyap berjaya merampas kembali anak kecilnya dan terus di bawa keatas pokok untuk menyelamatkan nya. Mungkin si bapak babun ni risau anaknya nanti akan menganuti fahaman si keluarga singa... (boleh faham ke, tengok gambar je la senang skit nak faham kot)

ibu babun yang menjadi lauk kepada singa  dan anak babun masih memeluk ibunya

anak babun yang ketakutan

si singa cuba memujuk anak babun tadi

akhirnya anak babun tadi cair dengan pujukan si singa

dah jadi tempat berlindung


dah boleh bergurau lak...

"jangan kacau anak angkat aku" kata singa tadi pada pak we nya

hero sebenar datang dan berjaya menyelamatkan anaknya

sempat tayang kat singa la pulak.....

Thursday 24 April 2014

Kacamata / Cermin mata

Salam semua,

Percaya tak dengan kaca mata atau cermin mata atau spec atau apa apa saja yang orang panggil dapat mengubah persepsi orang terhadap seseorang yang memakainya. Selalunya si pemakai kaca mata akan nampak lebih baik pada pandangan orang ramai tapi ada juga yang nampak sebaliknya.

Tak percaya???? Jom tengok kartun di bawah.....





Jangan percaya sangat, sekadar gurauan saja.................Kalau tak berkacamata pun OK juga, tandanya masih jauh dari kencing manis...



Saturday 19 April 2014

Ayam Penyet

Salam sejahtera,

Ni cerita pasal makan lagi tapi kali ni nak cerita pasal makanan yang asalnya popular kat seberang. Aku tak tahu pun apa makna "penyet" ni, tapi dah jadi popular dah sekarang kat sini. Yang aku nak cerita ni bukanlah kat tempat yang glamour sangat, cuma makan kat stall tapi jalan je. Lokasi dia di Puchong Prima depan dengan Pasaraya OTK dan mengadap ke jalan besar. Kalau tengok ke kedai, rasanya tak ramai yang dah cuba makan kat sini kecuali orang yang pernah datang je. Kedai memang tak de bintang la, barang berselerak atas meja (lagi pun stall ni kecik je), tapi rasa ayam penyet dia memang ada class. Ayam besar cukup untuk dua orang makan cuma nasi je perlu tambah. Sambal pun terbaik jugak. Sesiapa yang lalu kat sini boleh cuba (sebelah bus/taxi stand) tapi jangan ramai ramai sangat takut tempat tak de..



Monday 14 April 2014

Roti Canai

Salam sejahtera,

Malam tadi lepas habis kerja pegi cari makan dgn anak2 aku kat area Putra Perdana. Port yang selalu aku pegi Restoren Zat Corner. Kat sini aku selalu kena roti canai atau roti bawang, antara tempat yang roti canai boleh masuk tekak aku. Malam tadi aku pekena roti bawang pulak, pun OK jugak. Anak2 aku macam biasa suka makan kentang goreng je dan minuman wajib teh o ais ha ha




Laksa dan Cendol Tepi Jalan

Salam semua,

Kali ni nak cerita pasal laksa tepi jalan pulak, kalau kat kawasan Puchong ni banyak jugak lokasi cendol + laksa. Lokasi yang nak cerita ni  di Puchong Prima atau pun dekat pintu pagar masuk Sekolah Menengah Puchong Permai. Dah banyak kali jugak makan kat sini,  lagi pun anak ada sekolah kat situ. Petang tadi masa nak pegi ambik anak sempat la sekali lagi singgah  pekena cendol dan  laksa dulu. Bab rasa boleh la masyuk juga kalau nak makan sambil sambil lepak2. Tu pun kalau tak hujan kalau tidak makan kuah free je la. Meja tak de bumbung pun pakai langit ori je....

gambar kat bawah ni adalah laksa dan lori bergerak abang cendol tu. Sorry la gambar cendol tak sempat nak snap...dah habis semangkok...


Friday 4 April 2014

Haiwan Haiwan Yang Terlebih Besar

Salam,

Jom relax sikit, jangan dok teran otak kat kepala sangat, tension pun jangan jugak. Mari kita tengok sekor dua haiwan atau binatang (bukan bintang la..) yang terlebih makan kot sampai jadi macam ni.
Semua gambar ni ori bukan tipu tipu punya,


Yang ni kuda terbesar, tu dia nak naik macam mana tapi kalau letak orang dewasa kat situ boleh la kita agak agak tinggi dia.


Tu dia punya la besar lembu ni, ada ke orang nak beli kalau macam ni punya besar...



Yang ni spesis ikan keli (catfish)




Kacukan singa dan rimau, orang putih panggil LIGER, yang ni kalau ikut ceritanya di bela dalam taman haiwan dan mungkin terlebih beri makan kot.



Ikan pari air tawar dan di tangkap di sekitar sungai di Thailand.


Ha ha yang ni memang gerun, ikan yu punya la besar, kalau dia nak telan orang senang senang je...

Habis dahhh, jumpa lagi next update