Tuesday 17 February 2015

Amanah Saham Nasional dan Bumiputra

As Salam semua,

Topik kali ni nak cerita pasal ASN dan ASB, tapi bukan pasal turun naik saham. Kebanyakkan kita ada buka akaun ASN atau ASB ni tak kira lah dah lama ataupun masih baru. Ramai jugak yg buka sekali lepas tu dah tak ambik tahu macam aku sampai buku pun tah ke mana. Aku buka akaun ASN masa daftar masuk U dekat tiga puluh tahun dulu dengan masuk RM 10 je, pas tu tak pernah ambik peduli sebab ada salah ejaan kat nama aku yg unik ni.


Baru baru ni aku ni aku ada ke PNS dulu panggil PNB (Permodalan Nasional Berhad) yg kat sebelah Tabung Haji di Ampang sebab nak uruskan saham arwah ayah aku. Semasa di sana aku pun adalah bertanya pasal ASN dan ASB ni, pasal buku hilang dan cara nak pindahmilik. Rupa rupanya mudah je nak buat buku baru dan perbetulkan nama aku. Tapi aku kena denda RM20 untuk ASB untuk buat buku baru, ASN free.Yang bestnya bila aku tengok total ASB dan ASN aku yg dah 30tahun tu dah beranak pinak dari dua digit dah jadi empat digit....
Jadi kalaulah ada sesapa yg buku hilang atau nak buat pembetulan ke, pegi la update, akaun kita tak akan dilupus kan walaupun berpuluh tahun diam/ tak aktif. Ini untuk ASB/ASN je, kalau buku bank rasanya sampai tujuh tahun je.

Sunday 8 February 2015

Buah Sawa

As salam

Cerita ni pon dah ulang tayang, dah cerita sedikit sebelum ni. Pokok sawa atau pokok ciku ni berbuah sepanjang tahun, tak kira musim. kalau nak makan buah ni sentiasa ada, tapi susah juga nak dapat kat pasaraya. Kepada yang tak pernah makan, rasa buah ni memang best, manis manis dan sedikit kelat kalau yang tak berapa masak. Banyak khasiat buah ni terutamanya vitamin C.Yang aku nak cerita kali ni ialah pasal pokok yang aku tanam ni berbuah terlalu lebat dari biasa sejak kebelakangan ni. Salah satu sebab yang aku agak dia berbuah lebat ni pasal baja, aku pakai baja buah untuk kelapa sawit dari Siam.Memang baja ni ada simpan kat rumah untuk pokok buahan, tapi  betul betul menjadi kat pokok sawa ni. Kalau tengok saiz pokok memang kategori kecik lagi, tapi berbuah tanpa putus sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah.

Jom tengok pokok sawa







Thursday 5 February 2015

Pesuruhjaya Sumpah

As Salam utk semua,

Kali ni aku nak cerita pasal Pesuruhjaya Sumpah (PS). Kalau budak budak mungkin tak berapa nak ambik tahu pasal ni, tapi dah jadi dewasa kena ambik tahu jugak supaya bila diperlukan tak lah pening sangat. Cop Pesuruhjaya Sumpah ni di perlukan bila kita mengisi borang borang resmi seperti membuka company (ROC), perjanjian sewa beli rumah, pemindahan harta dan macam2 lagi la.
Kali ini aku perlukan PS ni sebab nak pindahkan ASB arwah ayah aku. Selalunya aku pegi ke Kompleks PKNS Shah Alam, tapi kali ni memang malas gila nak kesana, dah la jalan jem, pas tu nak cari parking lagi dan kalau dah dapat parking pon kena Q juga kat opis PS ni...
Tapi ada cara lain selain ke Shah Alam ni, PS ni ada jugak kat bandar bandar lain, cuma tak berapa di kenali atau diketahui. Untuk nak tahu kat mana PS terdekat dengan anda, sila dial no ni 03 88804296, kemudian ckp nak cari PS kat mana2 bandar yg terdekat dgn anda.
Aku dah cuba pagi tadi call no kat atas tu, rupa rupanya ada tak kurang dari 4 PS kat area Puchong ni.
PS Area Bukit Puchong 012 9311085
PS Area Puchong Utama 016 9171503
PS Area Puchong IOI 012 6379991
PS Area Puchong Perdana 012 5910272
matikan setem hasil

cop pesuruhjaya sumpah

Aku pegi yg kat Puchong Perdana, kerana paling dekat dan parking mudah dan free. Sampai je kat opis dia, tak de customer pon, tak sampai 5 minit dah selesai.   ha ha ha bestnya hari ni, urusan dipermudahkan.

Lagi satu, kat PS ni rupa rupanya boleh buat matikan setem hasil jugak, jadi selesai 2 keja dlm satu masa. (klu tak terpaksa berkejar kat pejabat LHDN pulak).

Wednesday 4 February 2015

Mempelam

As Salam,

Cerita pasal mempelam atau orang bandar panggil mangga ni dah keluar tak lama dulu. Kali ni aku nak cerita sekali lagi bila musim mempelam berbuah yang berlalu lebih kurang bulan sebelas sudah, lama dah tapi baru ada masa nak cerita skit. Orang panggil mempelam kaya sebab rasanya manis macam kaya. Ya, memang betul manis sungguh walaupun kulit luar masih keras tapi isinya memang sedappp. Dah masuk pusingan kedua berbuah, tapi kali ni lebih lebat. Kalau tengok saiz pokok naik risau takut patah dahan. Nak buang buah kasi ringan skit memang sayang, tapi ambik risiko je la, kalau patah rugi (mkn jeruk je ) tapi klu tak patah, rezeki melimpah limpah le. Alhamdulillah, tak patah pon walaupon ada la yg luruh skit. Pokok kecik je, sampai kena bertongkat...

Jom tengok gambar je lah