Tuesday 17 February 2015

Amanah Saham Nasional dan Bumiputra

As Salam semua,

Topik kali ni nak cerita pasal ASN dan ASB, tapi bukan pasal turun naik saham. Kebanyakkan kita ada buka akaun ASN atau ASB ni tak kira lah dah lama ataupun masih baru. Ramai jugak yg buka sekali lepas tu dah tak ambik tahu macam aku sampai buku pun tah ke mana. Aku buka akaun ASN masa daftar masuk U dekat tiga puluh tahun dulu dengan masuk RM 10 je, pas tu tak pernah ambik peduli sebab ada salah ejaan kat nama aku yg unik ni.


Baru baru ni aku ni aku ada ke PNS dulu panggil PNB (Permodalan Nasional Berhad) yg kat sebelah Tabung Haji di Ampang sebab nak uruskan saham arwah ayah aku. Semasa di sana aku pun adalah bertanya pasal ASN dan ASB ni, pasal buku hilang dan cara nak pindahmilik. Rupa rupanya mudah je nak buat buku baru dan perbetulkan nama aku. Tapi aku kena denda RM20 untuk ASB untuk buat buku baru, ASN free.Yang bestnya bila aku tengok total ASB dan ASN aku yg dah 30tahun tu dah beranak pinak dari dua digit dah jadi empat digit....
Jadi kalaulah ada sesapa yg buku hilang atau nak buat pembetulan ke, pegi la update, akaun kita tak akan dilupus kan walaupun berpuluh tahun diam/ tak aktif. Ini untuk ASB/ASN je, kalau buku bank rasanya sampai tujuh tahun je.

6 comments:

  1. Ouh kiranya boleh bukak atau aktifkan balik ja la akaun yg lama tak aktif

    ReplyDelete
  2. Ouh kiranya boleh bukak atau aktifkan balik ja la akaun yg lama tak aktif

    ReplyDelete
  3. Btul ke..Saya semenjak buku hilang..smpi dah lupa..tq bro info

    ReplyDelete
  4. Ejaan nama saya sepatut nya ada dua huruf L bagaimana nak betulkan
    Boleh online ke

    ReplyDelete