Monday 23 December 2013

Taiping

Salam dan bertemu sekali lagi,

    Hari ni aku nak cerita pasal Taiping. Hari minggu lepas aku balik kampong kat Selama, aku keluar agak awal dari Putra Perdana lebih kurang pkl 8pg, melalui h/way dan sampai Taiping +-11pg. Seperti biasa aku pegi isi perut skit kat Bandar Taiping dulu, biasanya kat Restoran Bismillah, lokasi dia betul2 depan jam besar Taiping. Pagi ni nasib baik, roti canai masih ada (kat sini roti canai pagi je ada) so pekena roti la sekeping, anak aku balun mee goreng. Restoran ni dah lama, masa aku budak2 lagi ayah aku dah selalu bawa kesini. Makanan dia masa dulu memang sedap, tapi skarang dah kureng skit. Aku masih ingat lagi, dulu2 restoren ni ada dua tingkat. tapi skarang tinggal kat bwh je.Walaumacamana pun roti canai di masih ada ummmp.

Restoran Bismillah











Jam dinding ni dari zaman dulu masih ada dan idup lagi....










Jam Besar Taiping










Roti canai Bismillah










Mee goreng










Lepas makan aku bawak la anak2 aku pusing kat Lake Garden Taiping. Kat sini masih macam dulu2 jugak, tasik penuh dgn pokok teratai dan ada Zoo Taiping. Tapi yang menarik bagi aku ialah pemandangan sepanjang jalan tepi tasik. Pokok2 besar dengan dahan merintangi jalan raya amat menarik sekali. Jangan tanya pasal selamat ke tak lalu kat sini, aku pon seram jugak tengok dahan tua tuuu


Pemandangan menarik di Taman Tasik Taiping





















Selain dari tu Bandar Taiping jugak masih mengekalkan ciri2 bangunan lama, walaupun agak sesak tetapi Taiping masih unik untuk dilawati.

Bandar Taiping berlatar belakang Bukit Larut










Selepas pusing2 kat Taman Tasik, sebelum meneruskan perjalanan, aku singgah kat sini untuk pekena cendol. Dulu kedai ni atas basikal roda tiga kat luar restoran Bismillah, tapi skarang dah ada port sendiri, tak jauh dari tempat asal.

Cendol Bismillah










Cendol Taiping mari ....tengok je...




















Sampai sini dulu, jumpa lagi

Tuesday 17 December 2013

Coklat Homemade

Salam,

  Pagi tadi orang rumah aku ajak pergi kedai jual peralatan kek kat Puchong Puteri, pass tu singgah pulak kat lagi satu kedai peralatan kek kat Puchong Prima. Masa kat sini aku ada ambil sekeping acuan coklat homemade, saja nak try...
  Balik dari kedai tadi orang rumah aku terus cuba buat, resepinya dia godek dari Pak Net (internet). Siap tambah kacang kat dlm lagi, dan rasanya pon OK jugak. Masa nak buat pon macam kejap je dan nampak pon mudah. Kerja aku macam biasa ...makan.
 
Ni gambar Coklat Homemade Berkacang



Saturday 14 December 2013

Buah Ciku

Salam Sejahtera,

Kali ni nak cerita sikit pasal buah ciku atau pun kat tempat aku panggil buah sawa ( aku tak tahu apa kaitan sawa dengan buah ciku ni). Pokok ciku ni aku tanam lebih kurang tahun 2008 ( dah 5 tahun). Benih pokok ni aku beli di Padang Serai, Kedah. Masa mula tanam dulu pokok ni tak berapa nak segar macam nak KO pun ada. Aku tanam kat kampong aku di Kedah sana. Bila balik sekali sekala aku rajin dok jengok kat dia. Mula keluar bunga masa 2 tahun lebih, pokok ni tak berapa besar sangat, tapi sekarang buah dia memang lebat.
Aku memang suka denagn buah ciku lagi pun dia banyak vitamin C dan zat kalsium. Yang best tentang pokok ciku ni berbuah sepanjang tahun. Jadi bila bila masa boleh makan dia. Pilih buah yang tua kat pokok, pas tu peram sehari dua dan masuk perut la lepas tu. Gambar pokok lupa aku nak ambik hari tu, tapi buah dia ada bawa balik sini, tengok buah je la...


Friday 13 December 2013

Koleksi 2013

Salam sejahtera

Kini tahun 2013 dah sampai ke penghujung, dan di sepanjang tahun ni aku dah merasa bermacam kek hasil air tangan orang rumah aku. Bukan aku nak menunjuk terrer kat sini. tapi sekurang kurangnya aku tak la kempunan sangat kalau lalu depan kedai kek atau secret resepi atau starbuck tu....Banyak kek yang aku makan tapi nama kek tu dah tak berapa nak ingat. Ni sebahagian dari kek tersebut,


Kek Ombre masa harijadi anak






Yang ni pon Ombre gak tapi dah lupa untuk apa









Yang ni kek pandan utk minum ptg





Kek Butterscotch











Cheesecake (topping jem blueberry)





Kek Ombre Oren (buat sempena hari raya haji)






Kek Coklat Kukus






Strawberry Cheesecake






Kek Span Oren






Mango mousse cake






Kek Dam






Kek harijadi. Yang ni aku tak rasa,sebab orang tempah punya





Kek Chocolate Indulgence








Makan tu makan jugak, tapi tak leh melampau , kesihatan nak kena jaga.... so far OK....

Thursday 12 December 2013

Makan lagi ...Banji Roll

Salam sejahtera,

Hari ni kali kedua orang rumah aku mencuba kek gulung Banji Roll ( betul ke namanya???). Lepas siap akulah orang pertama menjadi food tester. OK... boleh masuk tekak tak de masalah. Bagi aku baik makan yang  buat sendiri dah tentu kebersihan dan lain2 terjamin. Nak kongsi gambar je ... Resepi dgn cara buat buat tak de kat aku, kalau sesiapa nak nanti aku carikan...


Tuesday 10 December 2013

Makan......

Salam sejahtera ,

Kita mula dengan cerita makan, tapi ni hasil air tangan isteri aku. Tah  apa nama kek ni aku tak ingat tapi aku panggil kek gulung je pasal dia kena gulung baru siap. Dia buat untuk anak2 tapi aku yang bantai lebih...



Pengenalan

Salam Pengenalan Untuk Semua

Blog ni bukan lah blog yang heavy atau pun penuh dengan cerita ngeri dan bukan juga cerita politik dan tahyul. Blog aku ni hanya cerita tentang aku, cerita yang relax relax, informasi yang tidak berat dan sarat selain dari itu cerita tentang makan makan. 
    Ingin aku terangkan kat sini segala cerita yang bersangkut dengan aktiviti aku dan anak beranak bukanlah nak menunjuk nunjuk waima nak berlagak ataupun nak bergaya dan sebagainya. Aku tahu, aku bukanlah orang kaya dan tidak juga terlalu susah dan yang aku mahu hanya sedikit kesenangan  dan keceriaan yang nak aku kongsi bersama....
     Kalau ada yang tersentuh dan terasa, maafkan kami jika berlebihan. Selamat membaca dan relax selalu.