Monday 23 December 2013

Taiping

Salam dan bertemu sekali lagi,

    Hari ni aku nak cerita pasal Taiping. Hari minggu lepas aku balik kampong kat Selama, aku keluar agak awal dari Putra Perdana lebih kurang pkl 8pg, melalui h/way dan sampai Taiping +-11pg. Seperti biasa aku pegi isi perut skit kat Bandar Taiping dulu, biasanya kat Restoran Bismillah, lokasi dia betul2 depan jam besar Taiping. Pagi ni nasib baik, roti canai masih ada (kat sini roti canai pagi je ada) so pekena roti la sekeping, anak aku balun mee goreng. Restoran ni dah lama, masa aku budak2 lagi ayah aku dah selalu bawa kesini. Makanan dia masa dulu memang sedap, tapi skarang dah kureng skit. Aku masih ingat lagi, dulu2 restoren ni ada dua tingkat. tapi skarang tinggal kat bwh je.Walaumacamana pun roti canai di masih ada ummmp.

Restoran Bismillah











Jam dinding ni dari zaman dulu masih ada dan idup lagi....










Jam Besar Taiping










Roti canai Bismillah










Mee goreng










Lepas makan aku bawak la anak2 aku pusing kat Lake Garden Taiping. Kat sini masih macam dulu2 jugak, tasik penuh dgn pokok teratai dan ada Zoo Taiping. Tapi yang menarik bagi aku ialah pemandangan sepanjang jalan tepi tasik. Pokok2 besar dengan dahan merintangi jalan raya amat menarik sekali. Jangan tanya pasal selamat ke tak lalu kat sini, aku pon seram jugak tengok dahan tua tuuu


Pemandangan menarik di Taman Tasik Taiping





















Selain dari tu Bandar Taiping jugak masih mengekalkan ciri2 bangunan lama, walaupun agak sesak tetapi Taiping masih unik untuk dilawati.

Bandar Taiping berlatar belakang Bukit Larut










Selepas pusing2 kat Taman Tasik, sebelum meneruskan perjalanan, aku singgah kat sini untuk pekena cendol. Dulu kedai ni atas basikal roda tiga kat luar restoran Bismillah, tapi skarang dah ada port sendiri, tak jauh dari tempat asal.

Cendol Bismillah










Cendol Taiping mari ....tengok je...




















Sampai sini dulu, jumpa lagi

No comments:

Post a Comment