Friday 24 July 2015

Raya 2015

Assalamualaikum,
Kita masih di bulan Syawal, aku ucapkan selamat Hari Raya dan maaf zahir batin pada semua pengunjung di sini, manala tahu kalau kalu tulisan aku ada yang tersinggung. 0-0 ok.

Tak banyak cerita selain la ni aku aktif menjual produk Pur Q, income pun OK jugak. Sapa sapa yang teringin nak mula niaga internet dengan produk ni boleh contact aku.

Cerita Raya, Raya tahun ni raya pertama ngan kedua di Sg Taka Kedah, pas tu baru cabut ke Pahang. Kat Kedah family aku ada buat rumah terbuka pada raya kedua dengan menu utamanya kurma kambing dan nasi beriani, memang sedap. Kambing pun yang bela sendiri punya.
Yang menariknya ramai bekas bekas guru sekolah pencen, di zaman penghujung 60an dan awal 70an dapat hadir. Meriah la dengan anak murid mereka yang dah beranak pinak dan dah jadi macam jejak kasih la pulak. Yang lain orng kampung dan sanak saudara aku jauh dan dekat juga dapat hadir. Kira meriah la jugak dah jadi macam kenduri.

Cikgu cikgu pencen dengan bekas anak murid

sanak sedara

anak anak sedara

tetamu

mkn time

mkn time

Tuesday 9 June 2015

Aku Stokis Pur Q

Assalamualaikum semua,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke si ni walaupun jarang jarang update sekarang ni. Sibuk sikit. Ni nak cerita pasal sibuk yang aku dok buat sekarang..ha ha
Selepas beberapa bulan, aku dok perati kesan produk Pur Q macam yang aku dok cerita sebelum ni, aku nampak ia memang sangat sangat berkesan. Tiga orang anak anak, dua anak sedara dan sorang anak aku yang membuatkan aku yakin.
Anak aku dah 13 tahun, biasa la nak masuk remaja, malas, nak main je yang tahu. tapi selepas 2 minggu makan produk ni dah nampak lain skit, lps makan dan basuh semua pinggan yang ada, degilnya dah kurang dan bab solat pun dah tak payah nak suruh banyak kali, alhamdulillah.
Anak sedara aku yang pertama umur 11 tahun, yang ni alhamdulillah perangai ok dari awal, tapi aku kagum dengan bacaan quran dia. Sebelum ni tergagap gagap nak baca, tapi lepas ambil Pur q ni dah lancar, walaupun membaca surah baru. Tak lama lagi khatam la dia. In Syaa Allah
Anak sedara yang sorang lagi umur nak masuk 3 tahun. Sebelum ni agak manja skit, asyik nangis je, banyak nangis dari diam, tapi lepas ambik produk ni dah jadi pandai cakap pulak, nangis dah jarang, ada la klu sakit ke, terjatuh ke..Alhamdulillah.
Tengok pada kesan positif anak anak ni, aku ada la labur skit untuk jadi Stokis Pur Q, kalau kawan kawan nak tahu pasal PUR Q ni boleh pi lawat FB aku 'rabian aziz' atau boleh wassap aku 017 2696650

FB rabian aziz
wassap 0172696650


Thursday 7 May 2015

Virus Degil, Malas dan Lembab

Assalamualaikum ,
Jumpa kali ni nak cerita pasal virus malas, degil dan lembab yang terdapat pada anak anak zaman sekarang. Kepada ibubapa yang pening pening memikirkan macam mana nak didik anak supaya cemerlang dalam pelajaran, terbaik dalam akhlak, termasuk mudah nak bangun pagi serta mudah nak bersolat.

Jangan putus asa, jom cuba produk ni, ramai yang telah mendapat manfaat setelah mencuba. Nak tahu lebih lanjut boleh jenguk kat page fb ni : purqstation

sebahagian dari gambar ganbar produk yang saya maksudkan.






Saturday 14 March 2015

Ubat Melawan Malas dan Degil

Salam sejahtera,

Kali ni nak sentuh skit pasal anak anak kita. Kebanyakkan kita la kan amat ambil tahu pasal pelajaran mereka, pencapaian akedemik memang kita utamakan. Memang bagus, sampai setengah tu fobia klu datang musim peperiksaan.Aku pon sama, aku selalu dok bandingkan markah anak aku dgn kekawan dia. klu dia dpat tinggi ok la, tapi klu dah jauh sangat dari kawan pasti ada soalan yg macam2 keluar dari mulut aku. Aku bukan marah tapi bertanya sebagai kawan, tu pon masa dlm keta selalunya bila kami berdua je. Kau tak faham cikgu ajar ke?, susah sangat ke?, apa masalah dengan subjet tu dan macam 2 lagi la. Tapi tak la selalu macam tu...kira anak aku ni dok kat pertengahan je la tapi masih ada kemajuan dari semasa ke semasa.
Dulu ye, anak jantan aku ni pendiam dan malu +malas skit, tapi Alhamdulillah, lepas kakak aku perkenalkan produk  ni, memang nampak banyak perubahan positif, keja sekolah pon dak nampak senang nak buat, matematik tak payah nak ajar sangat dah, sembahyang pon rajin dan makan pon dah rajin basuh pinggan sendiri. Tapi tak la berubah 100%, masih ada yg perlu di tegur, namun dah kira banyak berubah,dan nampak ceria je. Produk ni mcm kat gambar di bawah dan sesuai untuk semua peringkat kanak2.

Klu nak cari produk ni cuba kat sini, facebook : www.facebook.com/purqstation
mesti cuba, walaupon anak dah agak agak pandai...

tapi ada jugak mak bapa yang cool gile, tak ambik tahu langsung..yg jenis macam ni malas aku nak komen, tak prihatin masa depan anak langsung......




Tuesday 17 February 2015

Amanah Saham Nasional dan Bumiputra

As Salam semua,

Topik kali ni nak cerita pasal ASN dan ASB, tapi bukan pasal turun naik saham. Kebanyakkan kita ada buka akaun ASN atau ASB ni tak kira lah dah lama ataupun masih baru. Ramai jugak yg buka sekali lepas tu dah tak ambik tahu macam aku sampai buku pun tah ke mana. Aku buka akaun ASN masa daftar masuk U dekat tiga puluh tahun dulu dengan masuk RM 10 je, pas tu tak pernah ambik peduli sebab ada salah ejaan kat nama aku yg unik ni.


Baru baru ni aku ni aku ada ke PNS dulu panggil PNB (Permodalan Nasional Berhad) yg kat sebelah Tabung Haji di Ampang sebab nak uruskan saham arwah ayah aku. Semasa di sana aku pun adalah bertanya pasal ASN dan ASB ni, pasal buku hilang dan cara nak pindahmilik. Rupa rupanya mudah je nak buat buku baru dan perbetulkan nama aku. Tapi aku kena denda RM20 untuk ASB untuk buat buku baru, ASN free.Yang bestnya bila aku tengok total ASB dan ASN aku yg dah 30tahun tu dah beranak pinak dari dua digit dah jadi empat digit....
Jadi kalaulah ada sesapa yg buku hilang atau nak buat pembetulan ke, pegi la update, akaun kita tak akan dilupus kan walaupun berpuluh tahun diam/ tak aktif. Ini untuk ASB/ASN je, kalau buku bank rasanya sampai tujuh tahun je.

Sunday 8 February 2015

Buah Sawa

As salam

Cerita ni pon dah ulang tayang, dah cerita sedikit sebelum ni. Pokok sawa atau pokok ciku ni berbuah sepanjang tahun, tak kira musim. kalau nak makan buah ni sentiasa ada, tapi susah juga nak dapat kat pasaraya. Kepada yang tak pernah makan, rasa buah ni memang best, manis manis dan sedikit kelat kalau yang tak berapa masak. Banyak khasiat buah ni terutamanya vitamin C.Yang aku nak cerita kali ni ialah pasal pokok yang aku tanam ni berbuah terlalu lebat dari biasa sejak kebelakangan ni. Salah satu sebab yang aku agak dia berbuah lebat ni pasal baja, aku pakai baja buah untuk kelapa sawit dari Siam.Memang baja ni ada simpan kat rumah untuk pokok buahan, tapi  betul betul menjadi kat pokok sawa ni. Kalau tengok saiz pokok memang kategori kecik lagi, tapi berbuah tanpa putus sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah.

Jom tengok pokok sawa







Thursday 5 February 2015

Pesuruhjaya Sumpah

As Salam utk semua,

Kali ni aku nak cerita pasal Pesuruhjaya Sumpah (PS). Kalau budak budak mungkin tak berapa nak ambik tahu pasal ni, tapi dah jadi dewasa kena ambik tahu jugak supaya bila diperlukan tak lah pening sangat. Cop Pesuruhjaya Sumpah ni di perlukan bila kita mengisi borang borang resmi seperti membuka company (ROC), perjanjian sewa beli rumah, pemindahan harta dan macam2 lagi la.
Kali ini aku perlukan PS ni sebab nak pindahkan ASB arwah ayah aku. Selalunya aku pegi ke Kompleks PKNS Shah Alam, tapi kali ni memang malas gila nak kesana, dah la jalan jem, pas tu nak cari parking lagi dan kalau dah dapat parking pon kena Q juga kat opis PS ni...
Tapi ada cara lain selain ke Shah Alam ni, PS ni ada jugak kat bandar bandar lain, cuma tak berapa di kenali atau diketahui. Untuk nak tahu kat mana PS terdekat dengan anda, sila dial no ni 03 88804296, kemudian ckp nak cari PS kat mana2 bandar yg terdekat dgn anda.
Aku dah cuba pagi tadi call no kat atas tu, rupa rupanya ada tak kurang dari 4 PS kat area Puchong ni.
PS Area Bukit Puchong 012 9311085
PS Area Puchong Utama 016 9171503
PS Area Puchong IOI 012 6379991
PS Area Puchong Perdana 012 5910272
matikan setem hasil

cop pesuruhjaya sumpah

Aku pegi yg kat Puchong Perdana, kerana paling dekat dan parking mudah dan free. Sampai je kat opis dia, tak de customer pon, tak sampai 5 minit dah selesai.   ha ha ha bestnya hari ni, urusan dipermudahkan.

Lagi satu, kat PS ni rupa rupanya boleh buat matikan setem hasil jugak, jadi selesai 2 keja dlm satu masa. (klu tak terpaksa berkejar kat pejabat LHDN pulak).