Monday 23 June 2014

Pasar Payang, Terenggganu

Salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita pasar Pasar Payang kat Terengganu. Walaupun asal aku orang Utara, tapi ada juga la aku jalan jalan kat pelbagai negeri kat Malaysia ni. Baru baru  ada urusan sikit kat Kuantan,  Pahang  dan lepas tu ada satu urusan lain di Kuala Terengganu. Kat  Kuantan ni aku dah pegi beberapa kali dah dan kebetulan kali ni bermalam semalam di homestay kat Pengkalan Badak yang tak jauh dari Kuantan. Kat Kuantan ni ada sedikit kekurangan identiti, kalau kat negeri lain seperti Kedah ada Pekan Rabu, Kelantan dengan Pasar Siti Khadijah, Melaka dengan A Famosa tapi kat Kuantan aku tak jumpa apa apa pon yang menarik, kecuali Masjid Negeri yg terletak di tengah Kuantan, lain lain tempat macam tak berapa menarik.
      Selepas selesai urusan di Kuantan, aku ke Kuala Terengganu pulak. kat sini pon sempat bermalam satu malam di kawasan Telaga Batin. Identiti Terengganu adalah Pasar Payang, memang popular bagi orang luar. Banyak perusahaan asal Terengganu di jual disini seperti batik, keropok, hiasan tembaga dan sebagainya. Pasar Payang memang nampak hidup, tapi ada bazar baru yang kat depan Pasar Payang tu memang kasihan, bangunan cantik dan jual hasil batik juga tapi sayang, orang memang tak pegi situ, aku tak tahui kenapa. Hari tu sempat la aku merayau kat pasar payang ni dan sempat la snap beberapa gambar walaupon aku tak beli apa apa....



Saturday 7 June 2014

Maggi Ketam & Nasi Goreng Ketam

Salaam sejahtera buat kekawan semua,

Hari ni kembali cerita pasal makan. Semalam selepas balik dari ambik anak aku kat KL, perut terasa lapar nak makan, ingat nak singgah kat kedai mamak je tapi entah macamana terberubah fikiran nak makan yg heavy skit walaupon jam dah 11mlm.
Kebetulan nak lalu kat Puchong Permai, kat situ Ada satu gerai yang jual masakan goreng2 ni. Ada menu nasi goreng ketam, ayam dan lain2. Anak2 aku order nasi goreng ketam dan aku pula nak cuba Maggi ketam walaupon bukan makanan yg aku suka makan.(pasal baru2 ni ada terbaca pasal maggi ketam kat mana tah dlm paper)
Lokasi tempat ni berdekatan dgn stesen minyak Shell dan Mc Donald Puchong Permai.Stall yang paling hujung. Bab rasa makanan ni boleh katakan average je la. Nasi goreng  rasa macam biasa je, tapi sambal ketam macam nak membunuh, rasa cili je ( anak aku dah habis kan dua gelas air, nasi tak habis lagi.). Pasal Maggi ketam lak, rasa macam biasa je tapi sebab ada ketam harga dah jadi lain.(dia masuk sayur kangkung yg bukan taste aku). Overall, boleh la makan tapi kalau yg tak tahan pedas ,baik bagitau awal2....



Tuesday 27 May 2014

Cara Mematikan Setem Hasil

Salam sejahtera,

Kali ni nak cerita pasal cara mematikan setem hasil. Perkara ini perlu dilakukan bila ada perjanjian antara dua pihak atau lebih supaya perjanjian itu menjadi legal. Kalau setakat persetujuan dua pihak tanpa proses mematikan setem hasil, perjanjian tersebut masih boleh dipertikaikan.
Mematikan setem hasil boleh dilakukan di kebanyakkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cara mematikan setem ini tidaklah susah sangat, cuma pastikan semua perjanjian seperti penjamin dan saksi ataupun pemilik dengan penyewa dilengkapkan berserta tandatangan. Untuk kes aku, aku mematikan setem kerana anak aku nak ke IPTA, salah satu dokumen, penjamin pelajar dan saksi perlu dimatikan dengan setem hasil. Untuk kerja ini, aku ke LHDN Jalan Reko di Kajang. Pejabat LHDN terletak di dalam Kompleks Hentian Kajang (Stesen Bas Kajang, LHDN kat tingkat 3). Caranya mudah aje, beli setem hasil di mana mana pejabat pos mengikut nilai diperlukan dan tampal pada lokasi yang betul, kemudian pergi ke pebat LHDN. Di situ aku diberi satu borang untuk di isi (simple je borang ni cuma isi nama, alamat dan tandatangan je). Pas tu hulur kat pemberi no giliran. Tunggu giliran aku, tak la lama sangat, (10min je kot) pas tu si pegawai akan semak  sikit, dan arahkan ke kauter untuk stamping, dan siap sudah....( Aku sampai LHDN lebih kurang 2ptg, tak ramai orang sangat). Segala kerja ni kalau kita buat sendiri ...FREE kecuali kena beli setem tu je.

Gambar bawah tu adalah setem hasil yg aku beli kat pejabat pos dan dah siap matikan...kesian setem tu dah mati....


Saturday 24 May 2014

Seni Belon (Balloon Art)

Salam semua,

Karya seni tak bergantung pada lukisan sahaja, kadang kala sesetengah insan dianugerahkan idea dan kreativiti yang yang tak terdapat pada orang lain. Sama seperti cerita di bawah ni, seorang yang bernama Rob Driscoll menghasilkan seni melalui belon. Ramai yang anggap ni kerja mudah, tapi apa yang kita hasilkan mungkin tak secantik atau sekreatif mamat yang sorang ni. Hanya dengan belon, dia berjaya mencipta populariti tersendiri.

Jom lihat hasil seni belonnya,
















Thursday 22 May 2014

Ujian Kalis Peluru

Salam semua,

Tengok tajuk pelik sikit hari ni, aku ada terjumpa satu artikel pada zaman dulu dulu (1923) dimana ujian sebenar untuk menentukan baju kalis peluru menggunakan manusia ( bukan patung atau haiwan ). Aku tak tahu la kalau zaman sekarang masih ada manusia yang sanggup jadi bahan ujian macam ni. Betul betul punya berani mati .Upah aku berjuta pon tobat aku tak nakkkk....


Yang risau kalau kalau si penembak tu tersasar dari baju kalis peluru.....
Gambar ni asalnya hitam putih tapi telah "dicolorkan" mamat ni....

(W.H. Murphy demonstrated his bulletproof vest by being shot in the chest
by an unnamed associate, October 1923.  Colorized by Zuzah Gaming(Photo))

Monday 19 May 2014

Lukisan 3D

Salam sejahtera dan jumpa lagi,

Dah lama tak bersiaran, kali ni sambil dok relax petang dah habis keja, boleh la layan gambar gambar kat bawah nun. Semua gambar adalah lukisan tangan tapi sesetengahnya nampak macam real.... Bertuah la orang yang dianugerahkan bakat sebegini, boleh buat cari makan dengan hobinya.

Jom tengok





 








Friday 9 May 2014

Dubai

Salam semua,

Kali ni cerita jauh sikit kat Dubai sana nun, bukan aku yang pegi tapi sesaja nak kongsi email yang aku dapat. Cerita ni mungkin ramai yang dah tahu dan dah tengok pun gambar gambar ni, tapi tak pe lah untuk yang belum boleh la berkhayal kejap...
Ni pulau buatan manusia dinamakan Jumeirah Palm berbentuk pokok palma atau pun kurma lebih kurang. ( Kat Sepang pun ada satu resort ala ala macam ni tapi mungkin dari idea pokok sawit kot...) Gambar kat Dubai ni masa pembinaan yang belum siap sepenuhnya, dan dikatakan ramai ketua ketua negara, billionair dan orang banyak duit yang melabur kat sini.
 Jom tengok..









Wednesday 7 May 2014

?????????? Jagung..

Salam dan jumpa sekali lagi,

Hari ni nak cerita pasal jagung pulak, tapi bukanlah jagung yang biasa kita makan kerana jagung ni sedikit istimewa ataupun bagi aku pelik sedikit. Jagung ni sebenarnya jagung hibrid yang di kacuk dari pelbagai jenis dan dengan menggunakan kemampuan teknologi maka muncullah spesis baru ni.
Kalau ada jual pun, mungkin ramai nak tengok tapi yang nak beli payah la sikit..

jom tengok apa yang peliknya jagung ni..

Mula mula ingat biji tasbih ..

macam color ada..

memang real jagung...


color ada , hitam putih pun ada



Monday 5 May 2014

Kuih Raya

Salam semua, 

Kuih raya....ooops, ini bukan kuih raya tapi kuih bulan bulan biasa cuma spesis macam ni selalu orang buat jamu kat bulan raya. Kuih ni di  buat oleh orang rumah aku petang tadi...saje saje katanya, jadi minum petang ni istimewa sikit sebab aku tak payah tunggu raya dah dapat makan kuih macam ni.
Sebut pasal raya, dah tak lama Ramadhan dah nak sampai, jom kita sambut bulan mulia ni dengan penuh keinsafan. Kepada kekawan dan anak anak yang masih tak berganti tolong cepat skit, jangan tunggu sampai last minit.

OK, makan dulu yee...

Sunday 4 May 2014

Jambatan Air part 2

Salam sejahtera kalian,

Kalau post yang sebelum ni dah cerita pasal jambatan air di German yang mana laluan kapal di atas sungai, tapi kali ni lebih kurang sama jugak tapi kat negara kincir angin, Belanda. Tapi uniknya kat sini kapal lalu di atas dan terdapat terowong untuk jalan raya di bawahnya..Kalau nak cerita lebih2 pun tak guna jugak,  tengok gambar je la senang nak paham kot..



Thursday 1 May 2014

Kencing Semut

Salam semua,

Ha ha, jangan terkejut tengok tajuk entry kali ni, bukan kencing tikus je yg ada, semut pun "kencing " jugak. Teringat masa budak budak dulu. Masa tu kecik lagi, aku selalu juga main lawan semut hitam (masa tu tak kenal dosa pahala lagi). Tangkap semut cara mengail dalam lubang sebesar bilah sate, alat pancing pakai batang bunga rumput kuda lebih kurang la. Batang yang lembut semut akan gigit, pas tu tarik keluar. Dapatkan 2 ekor dan bermula la operasi buang antena (sesungut) semut tu. Semut ni kalau tak de antena akan bergasak sebab dah tak kenal kawan. Bila orang tua tahu dia pasti marah, katanya nanti kena "kencing" ngan semut, buta mata. Berhenti kejap, pas tu sambung balik     haa haa degil.

Itu cerita dulu dulu, sapa pun tak percaya yang semut boleh kencing bila marah. Tapi bila teknologi dah ada, eviden senang dapat. BETUL semut boleh kencing bila dalam keadaan terdesak, contohnya terdapat musuh dari atas seperti burung dan sebagainya. Dalam gambar kat bawah ni beberapa gambar closeup yang menunjuk semut melancarkan sejenis cecair asid tu menentang musuhnya.Bagaimanapun asid tidak merbahaya kepada manusia.  Gambar ni di ambil oleh Paul Quagliana seorang jurugambar wildlife.

Jom tengok..