Tuesday 27 May 2014

Cara Mematikan Setem Hasil

Salam sejahtera,

Kali ni nak cerita pasal cara mematikan setem hasil. Perkara ini perlu dilakukan bila ada perjanjian antara dua pihak atau lebih supaya perjanjian itu menjadi legal. Kalau setakat persetujuan dua pihak tanpa proses mematikan setem hasil, perjanjian tersebut masih boleh dipertikaikan.
Mematikan setem hasil boleh dilakukan di kebanyakkan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cara mematikan setem ini tidaklah susah sangat, cuma pastikan semua perjanjian seperti penjamin dan saksi ataupun pemilik dengan penyewa dilengkapkan berserta tandatangan. Untuk kes aku, aku mematikan setem kerana anak aku nak ke IPTA, salah satu dokumen, penjamin pelajar dan saksi perlu dimatikan dengan setem hasil. Untuk kerja ini, aku ke LHDN Jalan Reko di Kajang. Pejabat LHDN terletak di dalam Kompleks Hentian Kajang (Stesen Bas Kajang, LHDN kat tingkat 3). Caranya mudah aje, beli setem hasil di mana mana pejabat pos mengikut nilai diperlukan dan tampal pada lokasi yang betul, kemudian pergi ke pebat LHDN. Di situ aku diberi satu borang untuk di isi (simple je borang ni cuma isi nama, alamat dan tandatangan je). Pas tu hulur kat pemberi no giliran. Tunggu giliran aku, tak la lama sangat, (10min je kot) pas tu si pegawai akan semak  sikit, dan arahkan ke kauter untuk stamping, dan siap sudah....( Aku sampai LHDN lebih kurang 2ptg, tak ramai orang sangat). Segala kerja ni kalau kita buat sendiri ...FREE kecuali kena beli setem tu je.

Gambar bawah tu adalah setem hasil yg aku beli kat pejabat pos dan dah siap matikan...kesian setem tu dah mati....


51 comments:

  1. Orang baik,artikelnya pun berisi kebaikan. TQ !

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  3. [Sedikit Perkongsian]

    Tuan/Puan,


    1. POS MALAYSIA
    Setem HASIL boleh didapati hanya di Pejabat POS sahaja. (fizikal setem)

    -Walau bagaimanapun, tuan/puan kehendaki membawa dokumen ke PSC/PKH LHDNM untuk mematikan setem tersebut.

    -->fizikal setem = setem kertas

    p/s : Mudah untuk dapat tetapi perlu ke LHDNM untuk proses mematikan setem juga.


    2. Pejabat Setem Cawangan (PSC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

    - Bawa dokumen ke LHDNM dan lakukan proses penyeteman setem di kaunter LHDNM.
    Ada 2 kaedah matikan setem di LHDNM :-
    i - Setem Tertera ( Sistem Frangki Digital) -> PILIHAN SAYA.
    ii - Sijil Setem (Sistem Stamp)

    -->Setem Tertera -> Cetakan setem berwarna hijau = setem dicetak daripada mesin frangki digital.

    p/s : Dokumen akan lebih cepat siap di setem dan pelbagai amaun boleh di setem dengan menggunakan sistem ini frangki digital.

    Mohon perbetulkan jika ada salah silap.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. As slm... Nak tanya, dokumen tu kalau dah sain dulu boleh ke mati setem???

    ReplyDelete
  5. As slm... Nak tanya, dokumen tu kalau dah sain dulu boleh ke mati setem???

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  7. Semue borang dah lgkap msa hntr?misal tndtgn pgawai ptptn

    ReplyDelete
  8. Tq intuk info..macam mana dengan perjanjian PTPTN?matikan setem di LHDN juga?

    ReplyDelete
  9. LHDN UTC di pudu boleh matikan setem ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tp die akn tgk jenis doc jgk..bkn semua boleh buat di situ

      Delete
    2. Boleh tp die akn tgk jenis doc jgk..bkn semua boleh buat di situ

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih perkongsian menarik. Bagaimana nak tahu nilai setem yang harus kita beli. Contoh perjanjian sewa rumah.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas info. Nak tanya, boleh ke penyewa yang gi matikan setem. situasi saya, pemilik to busy dan tak sempat nak g lhdn untuk buat urusan mati setem.jadi boleh ke saya as penyewa g tolong buatkan?

    ReplyDelete
  13. salam.nak tanya,boleh ke kalau kita matikan stem perjanjian (perjanjian sewa rumah di selangor)tapi kita mati stem kat johor.

    ReplyDelete
  14. Contoh tuk matikn stam perjanjian sewa rumah brape nilai stam yg perlu kita bli?

    ReplyDelete
  15. X kesah la sape pon yang g mati setem tu.. sbnarnye kerajaan nk hasil je dri setiap ape yg korang buat.. money is king. Ada duit bleh cita, x dak duit diam.. rm10 je. Tp menyusahkan plak bile kne dtg sblm jam 3 ptg

    ReplyDelete
  16. BOLEH TANYA KAT LHDN TAK ADA JUAL STEM KE

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya buat dkt LHDN je .. tkyah ke pejabat pos

      Delete
    2. ssya try di pej lhdn alor star...still kena beli stem di pejabat pos

      Delete
  17. terima kasih

    ReplyDelete
  18. kena bawak dokumen contoh dokumen penjanjian IPTA semasa nak matikan setem ?

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. perjanjian ada 3 salinan, adakah ketiga-tiga perjanjian perlu matikan setem hasil?..

    ReplyDelete
  21. Tq for the information .. kesian itu setem. RIP

    ReplyDelete
  22. Thank u for the useful information

    ReplyDelete
  23. Kalau matikan stem untuk borang matrik... Dlm prosedur kata matikan kat lhdn, tp senior2 kata matikan kat matrik.. Klo dh termatikan kat lhdn, agak2 dokumen tu diterima tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diterima sebab dalam panduan matrik pun suruh matikan kat lhdn, yg matikan kat matrik tu maybe tak sempat matikan di lhdn

      Delete
  24. Stem kalau dah kene conteng sikit masih diterima

    ReplyDelete
  25. tq...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  26. Saya kena isi 4 borang, setiap satu borang duti setem rm10, kokak jugak la mai tak dapat gaji lagi ni, kemudian nanti nak submit borang kena rm60 lagi cas perkhidmatan.

    ReplyDelete
  27. Jzkk atas info. Mudah sikit nak settlekan borang perjanjian utk pinjaman duit ni. :D

    ReplyDelete
  28. Hi nak tanya perlu membayar kalau nak matikan setem?

    ReplyDelete
  29. Hye saya nak tanya, saya perlukan stem 10 ringgit seperti yg tertera dekat borang, kalau saya guna setem hasil 5 ringgit dua keping adakah diterima???

    ReplyDelete
  30. Salam saya nk tny. Kalau kita pergi matikan setem tp pengesahan dan tandatangan saksi takde adakah boleh matikan setem? Diorg mmg check satu satu ke tandatangan apa semua tu?

    ReplyDelete
  31. Terima kasih sgt2 ats penerangan

    ReplyDelete
  32. hi nak tanya saya hendak ke kolej komuniti , surat biasiswa telah di setem RM10.00 tetapi saya tak tahu cara mematikan setem padahal sekarang semua dalam online di mana dan bagaimana saya harus buat. terima kasih.

    ReplyDelete