Saturday 7 June 2014

Maggi Ketam & Nasi Goreng Ketam

Salaam sejahtera buat kekawan semua,

Hari ni kembali cerita pasal makan. Semalam selepas balik dari ambik anak aku kat KL, perut terasa lapar nak makan, ingat nak singgah kat kedai mamak je tapi entah macamana terberubah fikiran nak makan yg heavy skit walaupon jam dah 11mlm.
Kebetulan nak lalu kat Puchong Permai, kat situ Ada satu gerai yang jual masakan goreng2 ni. Ada menu nasi goreng ketam, ayam dan lain2. Anak2 aku order nasi goreng ketam dan aku pula nak cuba Maggi ketam walaupon bukan makanan yg aku suka makan.(pasal baru2 ni ada terbaca pasal maggi ketam kat mana tah dlm paper)
Lokasi tempat ni berdekatan dgn stesen minyak Shell dan Mc Donald Puchong Permai.Stall yang paling hujung. Bab rasa makanan ni boleh katakan average je la. Nasi goreng  rasa macam biasa je, tapi sambal ketam macam nak membunuh, rasa cili je ( anak aku dah habis kan dua gelas air, nasi tak habis lagi.). Pasal Maggi ketam lak, rasa macam biasa je tapi sebab ada ketam harga dah jadi lain.(dia masuk sayur kangkung yg bukan taste aku). Overall, boleh la makan tapi kalau yg tak tahan pedas ,baik bagitau awal2....



No comments:

Post a Comment