Monday 23 June 2014

Pasar Payang, Terenggganu

Salam sejahtera,

Hari ni aku nak cerita pasar Pasar Payang kat Terengganu. Walaupun asal aku orang Utara, tapi ada juga la aku jalan jalan kat pelbagai negeri kat Malaysia ni. Baru baru  ada urusan sikit kat Kuantan,  Pahang  dan lepas tu ada satu urusan lain di Kuala Terengganu. Kat  Kuantan ni aku dah pegi beberapa kali dah dan kebetulan kali ni bermalam semalam di homestay kat Pengkalan Badak yang tak jauh dari Kuantan. Kat Kuantan ni ada sedikit kekurangan identiti, kalau kat negeri lain seperti Kedah ada Pekan Rabu, Kelantan dengan Pasar Siti Khadijah, Melaka dengan A Famosa tapi kat Kuantan aku tak jumpa apa apa pon yang menarik, kecuali Masjid Negeri yg terletak di tengah Kuantan, lain lain tempat macam tak berapa menarik.
      Selepas selesai urusan di Kuantan, aku ke Kuala Terengganu pulak. kat sini pon sempat bermalam satu malam di kawasan Telaga Batin. Identiti Terengganu adalah Pasar Payang, memang popular bagi orang luar. Banyak perusahaan asal Terengganu di jual disini seperti batik, keropok, hiasan tembaga dan sebagainya. Pasar Payang memang nampak hidup, tapi ada bazar baru yang kat depan Pasar Payang tu memang kasihan, bangunan cantik dan jual hasil batik juga tapi sayang, orang memang tak pegi situ, aku tak tahui kenapa. Hari tu sempat la aku merayau kat pasar payang ni dan sempat la snap beberapa gambar walaupon aku tak beli apa apa....



No comments:

Post a Comment